Saturday 21 July 2012

~ agaq-agaq lumut ~


Bahan-bahan

10g serbuk agar-agar
1 cawan gula
1100 ml air
170ml air campur 1 paket santan serbuk - guna santan pekat
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara

Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
Tuang kedalam loyang atau acuan.
Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

~ bubuq cha2 ~


bahan2 nya:

3/4 cawan cha-cha
2 cawan santan
sedikit nisang/gula melaka
gula (ikut citarasa)
secubit garam
sehelai daun pandan

Cara-cara

Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang Dalam periuk lain masukkan semua bahan kacau sehingga mendidih kemudian masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi.

~ kuih lapis ~


bahan2 nya :

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

8 cawan santan kurang pekat

1 sudu kecil garam

Pewarna ikut kegemaran


Cara penyediaan :

- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi, bahagikan adunan kepada 2.

- Masukkan santan, garam dan gula ke dalam pengisar (blander).

- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.

- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai.

- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.

- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.

- siap untuk dihidang…


Tips:

1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.

2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.

3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.



Selamat mencuba….!

Friday 18 May 2012

~sekolah wawasan~

Konsep Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Pendahuluan

� Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang.

Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan

� Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.

� Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.

Matlamat

� Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.

� Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.

� Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

� Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

a. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

b. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

c. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan, Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.

d. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan.

e. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.

f. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).

g. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.

Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.

Kurikulum dan Bahasa Pengantar

a. Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.

b. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah.

c. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan.

Kokurikulum

a. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.

Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah masing-masing.

b. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-masing.

Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan.

c. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan.

d. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan.

Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Kesimpulan

� Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.

� Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.

Monday 23 April 2012

~timbang berat belog~ =)


assalamualaikum & salam sejahtera..


jadi hari ini ada 1 lagi tutorial yang saya nak share..kite kongi sama-sama..ade quote ' sharing is caring'..so sekarang kita guna pepatah tu untuk kita sama-sama belajar...i'm rite?..:)









Berapa tempoh masa loading blog anda?


Tempoh masa loading sesebuah belog tu memainkan peranan yang amat penting. Lagi cepat, lagi bagus.sebab tak ada orang pon yang suka tunggu lama-lama...sebab kalau terlalu lama masa yang diambil untuk loading belog, kemungkinan pengunjung belog anda tanpa segan silu klik pada butang pangkah sebelum selesai loading page...kejam kan?...=)


so!, sekarang timbang berat belog anda di sini http://tools.pingdom.com/. Masukkan url belog, kemudian klik "test now"


Tips kalau nak kurangkan masa loading belog:


1)  Kurangkan penggunaan image (jpeg) kerana size jpeg biasanya adalah besar.


2)  Kurangkan bilangan entry post pada home page belog anda. Default setting adalah 7 post, kurangkan kepada 2 atau 1 saja.


3)  Kurangkan widget yang menggunakan javascript. 


4)  Widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, blog list atau follower, letak di bahagian bawah sekali, supaya element yang lain dapat dibaca terlebih dahulu.


5)  Letak "Read More" bagi meringkaskan entry post, supaya loading setiap entry dapat dibaca dengan lebih cepat.




so apa lagi,try la sekarang.....:)

Hang Tuah - ' Tak Melayu Hilang Di Dunia', Mitos atau Hikayat? (part 1)

assalamualaikum & salam sejahtera...


cuti baru-baru ni saya berkesempatan melawat Melaka BAndar Bersejarah...Banyak tempat yang saya & keluarga pergi..dah macam rombongan sekolah sambil belajar la pulak..hehehehe...
saya melawat makam Hang Tuah...




ni la Hang Tuah saya..=)



TAK MELAYU HILANG DI DUNIA












berbalik kepada cerita Hang Tuah ni, saya tertarik sewaktu membaca 1 artikle di laman sesawang ni yang merungkaikan persoalan tentang Hang TuaH ni kemungkinan hanya lah sebuah sebuah mitos atau hikayat orang pada zaman dulu kala...

Sapa tak kenal dengan nama Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu Melaka yang sifatnya ingin berbakti kepada Sultan Melaka dan terlalu menjunjung tinggi institusi kesultanan Raja Melaka...
Riwayat hidup Hang Tuah banyak diceritakan di dalam hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke-15..

Hikayat Hang Tuah adalah karya kesusteraan Melayu yang cuba dipaparkan oleh pengarang tentang sifat kepahlawanan Hang Tuah bersama 4 teman karibnya.Banyak episod-episod yang dilalui oleh beliau bersama teman-teman karibnya dari mula cerita beliau dilahirkan sehinggalah berakhirnya zaman kegemilangan Melaka – ditawan Portugis atau Peringgi.
Kebiasaannya sesuatu hikayat yang dikarang bersifat kearah menaikkan semangat dan terdapat unsur fantasi yang wewujudkan pemikiran berterusan tentang cerita yang dikarang. Dalam konteks tersebut, Hikayat Hang Tuah tidak dinafikan dapat menaikkan semangat keperwiraan bangsa Melayu. Unsur fantasi yang diselitkan juga boleh dianggap mitos. Istilah mitos berasal dari perkataan Yunani ‘Muthos’ iaitu cerita. Walaupun nampak benar dan ditambah mitos, namun terdapat banyak versi tentang Hang Tuah yang masih dipertikaikan kesahihan sejarah kewujudan pahlawan Melaka ini.
          petikan daripada artikle yang saya baca...


Asal-usul Hang Tuah mengikut sejarah melayu kita

Hang Tuah, seorang pahlawan lagenda melayu yang hidup diabad ke 15 di zaman kegemilangan kesultanan melayu Melaka..menurut rekod sejarah, Hang Tuah dilahirkan sekita tahun 1444..
bapa Hang Tuah, Hang Mahmud pernah menjadi hulubalang istana suatu ketika dulu dan ibunya Dang Meru Wati merupakan keturunan dayang dari istana..



Hang Tuah Laksamana Melaka - Hikayat Hang Tuah

Hang Tuah bersama-sama 4 orang sahabatnya yang kita sedia tahu iaitu hang Jebat, hang lekir, hang lekiu dan hang kasturi menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melur, iaitu anak org asli yang tinggal di gunung ledang dan menjadi pembantu Adiputra..
setelah tamat menuntut ilmu, mereka berlima balik ke kota melaka..pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan dato' bendahara daripada serangan seorang lelaki yang sedang mengamuk...dato' bendahara amat kagum dengan ketangkasa dan ilmu persilatan mereka, telah menjemput mereka semua ke rumahnya..
bermula dari situ, mereka diambil dato bendahara untuk berkhidmat di dalam istana..sejak itu hang tuah dan sahabat-sahabtnya amat disayangi sultan hingga la hang tuah mendapat gelaran laksamana melaka..


to be continue soon...:)
p/s: maaf kalau-kalau terjumpa typo..almaklum tengah malam .....

Sunday 22 April 2012

~ Penangan Cinta Laksamana Sunan ~

Sunan Kali Jaga...
Apabila hujan turun...
Melimpahlah air dari perbukitan...
Aliran menujah ke batu...
melekuk...
Tanda waktu beralih...
Seiring nyawa...
Menghanyut usia...
Sejalan nafas...
Melangkah ke hujung
awan...
kalau dapat kucapai...
maka sakti la hamba...

Siapa Laksamana Sunan?... kenapa ramai yang jatuh cinta padanya...hebat sangatkah laksamana sunan...????



Penangan sunan mesti buat saya...tak dapat tidur nyenyak bila waktu malam...Arghhh!!!... pusing kanan jap...pusing kiri...lelap...then terjaga...terkejut...lepas tue mula lah terbayang bukan2...Astaghfirullahula'zim...novel yang dulu2 pun...buat saya tak tidur malam...
sampai bukak lampu...bukak laptop...pasang orang baca yassin..huhuhu....serammmmmmm...!!!
yang lates sekali... SUTERA BIDADARI...

ok...
bagi sesiapa yang belum kenal dengan Laksamana sunan nie..., mai saya ceritakan serba-sedikit mengenai beliau...

Laksamana sunan nie...ialah watak dalam sebuah novel karya penulis terkenal iaitu Ramli Awang Murshid ( RAM ). saya masa dulu kalau orang sebut pasal novel RAM jer mesti akan cakap camni "err, novel lain tak dak ka??"..emm..sorry, waktu tu saya tak kenal lagi betapa bestnya novel RAM ni..hehehe..(",)



nak dijadikan cerita dalam tahun 2006, adik saya memperkenalkan novel Bagaikan Puteri karya RAM kat saya..reaksi say time tu "err..tak pa lar, hang baca la dulu..nanti kak baca lak"

Then, bila adik saya ni dah abeh baca novel tu, dia pun cita la dengan penuh semangat!! pehhh!! best bak ang..bila dah dengar cam tu..tunggu pa lagi..explore rr..maka bermulalah saat perkenalan saya dengan Laksamana Sunan..aicecehhh~~





mula2 saya baca novel RAM nih, persepsi saya terus berubah..terus saya jatuh cinta..hehehe..macam cinta pandang pertama..hakss3..yang menariknya pasal novel RAM nih sebab novel2 beliau ni bercorak ketuhanan..terus saya terlintas di hati.."awat la baqu la ni aku kenai novel2 yang macam ni??"huhuhu

berbalik kepada Laksaman Sunan..meh saya nak cita serba sedikit mengenai sinopsis Bagaikan Puteri..novel nih mengisahkan tentang seorang gadis, Haryani yang agak sosial telah ditimpa kemalangan akibat diragut. Haryani koma selepeas kejadian tu..Semasa dalam koma tu lah rohnya telah terpelanting ke zaman sebelumnya , iaitu abad ke-15..

pada abad ke-15 ni la terdapat seorang pahlawan yang memperjuangkan diri ke jalan Allah dan berusaha memerangi musuh2 Allah yang sentiasa mengajak manusia ke jalan kesesatan ..Nama sebenar pahlawan ini ialah Saifuddin Jalis, tetapi Wali Sufi iaitu bapa asuhannya telah memberikan gelaran Laksaman Sunan kerana dia memiliki ilmu kepahlawanan dan keagamaan yang sangat tinggi..Laksamana Sunan ni antara pahlawan yang digeruni oleh musuh2 Allah...

Laksamana Sunan ni merupaka seorang yang sangat merendah diri dan bibirnya sentiasa dibasahkan dengan zikrullah..setiap puji2an yang diberikan terhadapnya terus diserahkan puji2an tersebut kepada Allah s.w.t kerana Allah jualah yang mengurniakan segala kelebihan yang dimilikinya..
tengok 2??thats why la ramai yang cair sampai meleleh dengan watak Laksamana Sunan nih..especially aku larrr..hehehe..(",)





RAM pulak menggambarkan watak Laksamana Sunan ni sebagai seorang yang mempunyai wajah yang tampan dan bersih kerana wajahnya sentiasa dibasahi dengan wudhuk dan memiliki tubuh yang sasa sebagaimana seorang pahlawan . inilah reason yang paling kuat kenapa wanita2 diluar sana sudah tangkap cintan sama beliau..pehhh!!

lepas tu terjadi la pertemuan antara Haryani dan Laksamana Sunan..dalam perjalanan ke kampung Laksamana Sunan iaitu Kampung Punggor bermacam2 halangan yang dihadapi dalam menempuhi perjalanan tu lah Haryani telah jatuh cinta terhadap Laksamana Sunan kerana sifat dan tingkahnya...

ada part yang paling kelakar tu time Haryani diculik oleh makhluk halus yang dikenali sebagai Balan2 (hantu penanggal). Laksamana Sunan pun datang la menghapuskan semua makhluk2 tersebut. Haryani yang dalam ketakutan ni terus memeluk Laksamana Sunan , kemain berpeluh abis Laksamana Sunan , first time r perempuan peluk dia..terkaku dia kat situ..nasib baik la Djailuh (sahabat Laksamana Sunan) tegur..tak hengat Laksamana Sunan beristighfar.hehehe~~




kalau nak tahu ending cita nih..jangan lupa baca novel Bagaikan Puteri okeyy..serius, ending dia sangat sedih dan menyentuh perasaan . Laksamana Sunan terpaksa melakukan satu pengorbanan yang dia tak mampu nak lakukan..sedih gilerr time 2..huhuhuhu~~~

atas sambutan hangat yang diterima terhadap novel ini, RAM telah membuat sambungan Bagaikan Puteri , iaitu Cinta Sang Ratu. Cinta Sang Ratu ni pulak mengisahkan tentang musuh Laksamana Sunan , iaitu Ratna Sang Ratu yang telah jatuh hati terhadapnya. Laksamana Sunan telah berjaya membimbing Ratna Sang Ratu ke jalan yang diredhai oleh Allah dan seterusnya memperisterikannya....





















Selepas novel cinta Sang Ratu, muncul lagi sambutan seterusnya iaitu Hijab Sang Pencinta , Cinta Sufi dan yang paling latest Sutera Bidadari ..lima buah kesemuanya, mungkinkah yang ke enam bakal muncul??(-,0)








emm..kalau sesiapa yang belum baca novel2 ni pergilah terjah memana kedai buku yang terdekat dengan anda dan dapatkan novel2 ni ek..okeyy..serius tak rugi!! sedikit sebanyak novel2 ni dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t (ini berdasarkan pengalaman saya sendiri)


banyak lagi karya2 RAm yang best2..kebanyakkan karya beliau ni menguji minda para pembaca, banyak elemen suspen, ngeri, seram dan sebagainya~~

okeyyhhh..ni lah serba sedikit dapat saya ceritakan tentang ~~Penangan Cinta Laksamna Sunan~~

Sunday 8 April 2012

mood untuk blog..:)

assalamualaikum & salam sejahtera..

last entry saya ada kasi tutorial untuk buat salji turun dalam blog kan?..so kali ni kita advance more & more..:)
Ok selain dari salji, awak-awak juga boleh meletakkan objek berguguran yang pelbagai ini bagi menampakkan mood menarik pada blog awak-awak..so contohnya sekarang belog saya dihujani dengan bunga-bunga rose comel...

caranya?.....

mudah saja..follow la step tutorial di bawah...

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard > Design > Page Element > Add A Gadget > Html / Javascript

3) Copy paste kod di bawah pada pada ruang Html / Javascript tadi


Pilihan mood yang awak-awak berkenan di hati..:)





















































































































4) Save dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba! :)