Monday, 23 April 2012

~timbang berat belog~ =)


assalamualaikum & salam sejahtera..


jadi hari ini ada 1 lagi tutorial yang saya nak share..kite kongi sama-sama..ade quote ' sharing is caring'..so sekarang kita guna pepatah tu untuk kita sama-sama belajar...i'm rite?..:)









Berapa tempoh masa loading blog anda?


Tempoh masa loading sesebuah belog tu memainkan peranan yang amat penting. Lagi cepat, lagi bagus.sebab tak ada orang pon yang suka tunggu lama-lama...sebab kalau terlalu lama masa yang diambil untuk loading belog, kemungkinan pengunjung belog anda tanpa segan silu klik pada butang pangkah sebelum selesai loading page...kejam kan?...=)


so!, sekarang timbang berat belog anda di sini http://tools.pingdom.com/. Masukkan url belog, kemudian klik "test now"


Tips kalau nak kurangkan masa loading belog:


1)  Kurangkan penggunaan image (jpeg) kerana size jpeg biasanya adalah besar.


2)  Kurangkan bilangan entry post pada home page belog anda. Default setting adalah 7 post, kurangkan kepada 2 atau 1 saja.


3)  Kurangkan widget yang menggunakan javascript. 


4)  Widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, blog list atau follower, letak di bahagian bawah sekali, supaya element yang lain dapat dibaca terlebih dahulu.


5)  Letak "Read More" bagi meringkaskan entry post, supaya loading setiap entry dapat dibaca dengan lebih cepat.




so apa lagi,try la sekarang.....:)

Hang Tuah - ' Tak Melayu Hilang Di Dunia', Mitos atau Hikayat? (part 1)

assalamualaikum & salam sejahtera...


cuti baru-baru ni saya berkesempatan melawat Melaka BAndar Bersejarah...Banyak tempat yang saya & keluarga pergi..dah macam rombongan sekolah sambil belajar la pulak..hehehehe...
saya melawat makam Hang Tuah...




ni la Hang Tuah saya..=)



TAK MELAYU HILANG DI DUNIA












berbalik kepada cerita Hang Tuah ni, saya tertarik sewaktu membaca 1 artikle di laman sesawang ni yang merungkaikan persoalan tentang Hang TuaH ni kemungkinan hanya lah sebuah sebuah mitos atau hikayat orang pada zaman dulu kala...

Sapa tak kenal dengan nama Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu Melaka yang sifatnya ingin berbakti kepada Sultan Melaka dan terlalu menjunjung tinggi institusi kesultanan Raja Melaka...
Riwayat hidup Hang Tuah banyak diceritakan di dalam hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke-15..

Hikayat Hang Tuah adalah karya kesusteraan Melayu yang cuba dipaparkan oleh pengarang tentang sifat kepahlawanan Hang Tuah bersama 4 teman karibnya.Banyak episod-episod yang dilalui oleh beliau bersama teman-teman karibnya dari mula cerita beliau dilahirkan sehinggalah berakhirnya zaman kegemilangan Melaka – ditawan Portugis atau Peringgi.
Kebiasaannya sesuatu hikayat yang dikarang bersifat kearah menaikkan semangat dan terdapat unsur fantasi yang wewujudkan pemikiran berterusan tentang cerita yang dikarang. Dalam konteks tersebut, Hikayat Hang Tuah tidak dinafikan dapat menaikkan semangat keperwiraan bangsa Melayu. Unsur fantasi yang diselitkan juga boleh dianggap mitos. Istilah mitos berasal dari perkataan Yunani ‘Muthos’ iaitu cerita. Walaupun nampak benar dan ditambah mitos, namun terdapat banyak versi tentang Hang Tuah yang masih dipertikaikan kesahihan sejarah kewujudan pahlawan Melaka ini.
          petikan daripada artikle yang saya baca...


Asal-usul Hang Tuah mengikut sejarah melayu kita

Hang Tuah, seorang pahlawan lagenda melayu yang hidup diabad ke 15 di zaman kegemilangan kesultanan melayu Melaka..menurut rekod sejarah, Hang Tuah dilahirkan sekita tahun 1444..
bapa Hang Tuah, Hang Mahmud pernah menjadi hulubalang istana suatu ketika dulu dan ibunya Dang Meru Wati merupakan keturunan dayang dari istana..



Hang Tuah Laksamana Melaka - Hikayat Hang Tuah

Hang Tuah bersama-sama 4 orang sahabatnya yang kita sedia tahu iaitu hang Jebat, hang lekir, hang lekiu dan hang kasturi menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melur, iaitu anak org asli yang tinggal di gunung ledang dan menjadi pembantu Adiputra..
setelah tamat menuntut ilmu, mereka berlima balik ke kota melaka..pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan dato' bendahara daripada serangan seorang lelaki yang sedang mengamuk...dato' bendahara amat kagum dengan ketangkasa dan ilmu persilatan mereka, telah menjemput mereka semua ke rumahnya..
bermula dari situ, mereka diambil dato bendahara untuk berkhidmat di dalam istana..sejak itu hang tuah dan sahabat-sahabtnya amat disayangi sultan hingga la hang tuah mendapat gelaran laksamana melaka..


to be continue soon...:)
p/s: maaf kalau-kalau terjumpa typo..almaklum tengah malam .....

Sunday, 22 April 2012

~ Penangan Cinta Laksamana Sunan ~

Sunan Kali Jaga...
Apabila hujan turun...
Melimpahlah air dari perbukitan...
Aliran menujah ke batu...
melekuk...
Tanda waktu beralih...
Seiring nyawa...
Menghanyut usia...
Sejalan nafas...
Melangkah ke hujung
awan...
kalau dapat kucapai...
maka sakti la hamba...

Siapa Laksamana Sunan?... kenapa ramai yang jatuh cinta padanya...hebat sangatkah laksamana sunan...????



Penangan sunan mesti buat saya...tak dapat tidur nyenyak bila waktu malam...Arghhh!!!... pusing kanan jap...pusing kiri...lelap...then terjaga...terkejut...lepas tue mula lah terbayang bukan2...Astaghfirullahula'zim...novel yang dulu2 pun...buat saya tak tidur malam...
sampai bukak lampu...bukak laptop...pasang orang baca yassin..huhuhu....serammmmmmm...!!!
yang lates sekali... SUTERA BIDADARI...

ok...
bagi sesiapa yang belum kenal dengan Laksamana sunan nie..., mai saya ceritakan serba-sedikit mengenai beliau...

Laksamana sunan nie...ialah watak dalam sebuah novel karya penulis terkenal iaitu Ramli Awang Murshid ( RAM ). saya masa dulu kalau orang sebut pasal novel RAM jer mesti akan cakap camni "err, novel lain tak dak ka??"..emm..sorry, waktu tu saya tak kenal lagi betapa bestnya novel RAM ni..hehehe..(",)



nak dijadikan cerita dalam tahun 2006, adik saya memperkenalkan novel Bagaikan Puteri karya RAM kat saya..reaksi say time tu "err..tak pa lar, hang baca la dulu..nanti kak baca lak"

Then, bila adik saya ni dah abeh baca novel tu, dia pun cita la dengan penuh semangat!! pehhh!! best bak ang..bila dah dengar cam tu..tunggu pa lagi..explore rr..maka bermulalah saat perkenalan saya dengan Laksamana Sunan..aicecehhh~~





mula2 saya baca novel RAM nih, persepsi saya terus berubah..terus saya jatuh cinta..hehehe..macam cinta pandang pertama..hakss3..yang menariknya pasal novel RAM nih sebab novel2 beliau ni bercorak ketuhanan..terus saya terlintas di hati.."awat la baqu la ni aku kenai novel2 yang macam ni??"huhuhu

berbalik kepada Laksaman Sunan..meh saya nak cita serba sedikit mengenai sinopsis Bagaikan Puteri..novel nih mengisahkan tentang seorang gadis, Haryani yang agak sosial telah ditimpa kemalangan akibat diragut. Haryani koma selepeas kejadian tu..Semasa dalam koma tu lah rohnya telah terpelanting ke zaman sebelumnya , iaitu abad ke-15..

pada abad ke-15 ni la terdapat seorang pahlawan yang memperjuangkan diri ke jalan Allah dan berusaha memerangi musuh2 Allah yang sentiasa mengajak manusia ke jalan kesesatan ..Nama sebenar pahlawan ini ialah Saifuddin Jalis, tetapi Wali Sufi iaitu bapa asuhannya telah memberikan gelaran Laksaman Sunan kerana dia memiliki ilmu kepahlawanan dan keagamaan yang sangat tinggi..Laksamana Sunan ni antara pahlawan yang digeruni oleh musuh2 Allah...

Laksamana Sunan ni merupaka seorang yang sangat merendah diri dan bibirnya sentiasa dibasahkan dengan zikrullah..setiap puji2an yang diberikan terhadapnya terus diserahkan puji2an tersebut kepada Allah s.w.t kerana Allah jualah yang mengurniakan segala kelebihan yang dimilikinya..
tengok 2??thats why la ramai yang cair sampai meleleh dengan watak Laksamana Sunan nih..especially aku larrr..hehehe..(",)





RAM pulak menggambarkan watak Laksamana Sunan ni sebagai seorang yang mempunyai wajah yang tampan dan bersih kerana wajahnya sentiasa dibasahi dengan wudhuk dan memiliki tubuh yang sasa sebagaimana seorang pahlawan . inilah reason yang paling kuat kenapa wanita2 diluar sana sudah tangkap cintan sama beliau..pehhh!!

lepas tu terjadi la pertemuan antara Haryani dan Laksamana Sunan..dalam perjalanan ke kampung Laksamana Sunan iaitu Kampung Punggor bermacam2 halangan yang dihadapi dalam menempuhi perjalanan tu lah Haryani telah jatuh cinta terhadap Laksamana Sunan kerana sifat dan tingkahnya...

ada part yang paling kelakar tu time Haryani diculik oleh makhluk halus yang dikenali sebagai Balan2 (hantu penanggal). Laksamana Sunan pun datang la menghapuskan semua makhluk2 tersebut. Haryani yang dalam ketakutan ni terus memeluk Laksamana Sunan , kemain berpeluh abis Laksamana Sunan , first time r perempuan peluk dia..terkaku dia kat situ..nasib baik la Djailuh (sahabat Laksamana Sunan) tegur..tak hengat Laksamana Sunan beristighfar.hehehe~~




kalau nak tahu ending cita nih..jangan lupa baca novel Bagaikan Puteri okeyy..serius, ending dia sangat sedih dan menyentuh perasaan . Laksamana Sunan terpaksa melakukan satu pengorbanan yang dia tak mampu nak lakukan..sedih gilerr time 2..huhuhuhu~~~

atas sambutan hangat yang diterima terhadap novel ini, RAM telah membuat sambungan Bagaikan Puteri , iaitu Cinta Sang Ratu. Cinta Sang Ratu ni pulak mengisahkan tentang musuh Laksamana Sunan , iaitu Ratna Sang Ratu yang telah jatuh hati terhadapnya. Laksamana Sunan telah berjaya membimbing Ratna Sang Ratu ke jalan yang diredhai oleh Allah dan seterusnya memperisterikannya....





















Selepas novel cinta Sang Ratu, muncul lagi sambutan seterusnya iaitu Hijab Sang Pencinta , Cinta Sufi dan yang paling latest Sutera Bidadari ..lima buah kesemuanya, mungkinkah yang ke enam bakal muncul??(-,0)








emm..kalau sesiapa yang belum baca novel2 ni pergilah terjah memana kedai buku yang terdekat dengan anda dan dapatkan novel2 ni ek..okeyy..serius tak rugi!! sedikit sebanyak novel2 ni dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t (ini berdasarkan pengalaman saya sendiri)


banyak lagi karya2 RAm yang best2..kebanyakkan karya beliau ni menguji minda para pembaca, banyak elemen suspen, ngeri, seram dan sebagainya~~

okeyyhhh..ni lah serba sedikit dapat saya ceritakan tentang ~~Penangan Cinta Laksamna Sunan~~

Sunday, 8 April 2012

mood untuk blog..:)

assalamualaikum & salam sejahtera..

last entry saya ada kasi tutorial untuk buat salji turun dalam blog kan?..so kali ni kita advance more & more..:)
Ok selain dari salji, awak-awak juga boleh meletakkan objek berguguran yang pelbagai ini bagi menampakkan mood menarik pada blog awak-awak..so contohnya sekarang belog saya dihujani dengan bunga-bunga rose comel...

caranya?.....

mudah saja..follow la step tutorial di bawah...

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard > Design > Page Element > Add A Gadget > Html / Javascript

3) Copy paste kod di bawah pada pada ruang Html / Javascript tadi


Pilihan mood yang awak-awak berkenan di hati..:)





















































































































4) Save dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba! :)

Friday, 6 April 2012

~ letak kesan salji pada blog :)~

Salam Semua .
Pada sesiapa yang mahu kan blog anda penuh dengan salji yang berterbangan ,
saya akan try ajar , and ikot cara saya nie ok?

(Tapi , Salji ini Warna Putih dengan Hitam je taw?) huhu=)

1. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/Java Script

2. Copy salah satu kod berikut kemudian paste dalam ruangan html/javascript

Kod untuk salji putih (sesuai untuk background hitam)




Kod untuk salji hitam (sesuai untuk background putih)




3. Save dan lihat hasilknya yea! :)

~ penggunaan blog dalam pnp~

Tuesday, 3 April 2012

pulau krabi yang best

assalamualaikum & hello


cuti sekolah last year, yang almost 2 bulan tuh, saya 1 family pergi release tension..hehe..(cuti sekolah pon tension)..
kebetulan time 2 ramai la dalam famili saya yang cuti..so we all plan for holiday...rancang sana rancang sini lastly kami semua decided nak pi Pulau Jerjak yang dekat Penang nuh...


so tiba la hari yang dirancang 2...


saya call la adik lelaki saya pagi tuh..sebab plan pi sana sekali dengan dia..call punya la call sampai banyak kali baru la dia angkat..hampehh depa laki bini baru bangun tidoq...nak marah pon tak boleh..depa kata kampoi tido sebab penat on call & duty semalam dekat hospital..


then, sementara nak tunggu depa siap, so saya dengan suami ni plan la nak booking siap2 chalet dekat sana..tapi sadis la sebab chalet suma dah penuh...:(


last suma dah berkumpul kat rumah saya,kami discuss balik...nak cancel pon rugi la pulak sebab dah siap2 suma...lastly decided pi pulau krabi,thailand esok hari..:)
oleh sebab nak pi oversea la kata kan, kami pon semangat cari passport yang dah lama tak guna 2...mak saya kalut2 pegi jabatan pendaftaran untuk buat boarder masuk thailand sekali dengan putera-putera saya....malam 2,kami pakat-pakat google info pasal pulau krabi nih..masyaallah cantik sangat..tak sabaq nak pi esok...suami siap save map dalam GPS handphone dia..




so keesokkan harinya, berpandukan GPS, kami 1 family drive 1 kereta masuk thailand ikut Baling sampai la  kat area Pulau Krabi nih..masyaallah cantik sungguh ciptaan-NYA...ok sudah cukup saya buat karangan..kamu-kamu mesti penat nak baca...so mai kita layan gambar yang akan menceritakan semuanya untuk kamu-kamu....:)


ayaq yang jernih sangat-sangat...






baru sampai...:)



depa yang seksi.......hehehe



putera saya yang terlebih excited..


unsensored pic of my cute baby boy..:)


sewa bot nak pi tengah laut..nak snorkeling..:)
bot yang bergerak  di lautan yang biru...:)



tempat paling best snorkeling..tumpuan ramai pelancong..



baby boy saya yang terbakar kulit..:)



semangat..depa snorkeling tengah panas..:)



putera saya...dia pon snorkeling jugak walaupon dia punya saiz tak dak..:)



jernihnya air laut....



1 of the famous place..pelancong tengah mendaki..tempat ni penah masuk amazing race kalau tak silap...


 memang best sangat pegi sana..bajet pon tak banyak sangat yang habis bila ramai-ramai pegi..kira belanja orang cakap kongsi-kongsi..memang happy sangat dapat pegi sana...putera-putera saya lagi la seronok-ronok..hehehe..sampai sekarang pon,dok sebut p krabi,p krabi tak habis lagi...:)



next destination:



klu-klu :)




makanan negara apakah ni?..hehehe...insyallah kalau ada rezeki lebih.....sebab teringin nak p musium eye trick depa..


hehehe...cool kan?....:)